| Ucapan Penggulungan Bajet 2009 |
|
Page 9 of 15 Untuk menggalakkan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik, maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memberi kebenaran untuk pasar raya besar (kemudahan pengguna, kompleks beli-belah hyper markets) serta hyper markets akan dibenarkan untuk melanjutkan masa perniagaan sehingga jam 12 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan. Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks membeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang yang telah dimulakan baru-baru ini. Untuk menggalakkan perbelanjaan pelaburan swasta, kerajaan akan menubuhkan Dana Pelaburan sebanyak RM2 bilion untuk menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju, terutama di Lembah Klang dan Koridor Pertumbuhan. Tumpuan akan diberi kepada sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan dan pembuatan bernilai tambah tinggi, yang mana Malaysia mempunyai potensi dan daya saing yang tinggi. Ini termasuk subsektor perbankan Islam, pelancongan, kesihatan, pendidikan dan juga 'business process outsourcing'. Selain itu, subsektor elektronik dan bioteknologi juga akan diberi tumpuan. Sasaran utama dari segi pelabur asing adalah daripada negara yang masih mempunyai tahap pertumbuhan ekonomi dan kecairan modal yang tinggi seperti China, India dan Timur Tengah. Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini, kerajaan telahpun berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta projek bernilai tambah tinggi dalam sektor pembuatan bernilai tambah tinggi, seperti pengeluaran panel solar panel dan komponen kapal terbang. Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan Asean (AFAS), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor pengajian tinggi. Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dalam hal ini, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing. Pelancongan kesihatan dan pendidikan adalah subsektor yang berpotensi besar dalam sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor tersebut, kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudah cara pengambilan profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudah cara proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan. Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil: Pertama: |