Saturday 19 May 2012
Ucapan Penggulungan Bajet 2009
Pertama:

(i) lanjutan masa sehingga tiga (3) bulan bagi projek yang masih dalam pembinaan; dan

Kedua:

(ii) bayaran kemajuan interim dibuat dua (2) kali sebulan mengikut nilai kerja sebenar bagi membantu aliran tunai kontraktor.

Kerajaan yakin bahawa pelaksanaan syarat perubahan harga ini serta kemudahan khas yang diberi dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh kontraktor di samping memastikan pelaksanaan projek RMK-9 dapat disiapkan.

PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,


Selama lebih lima jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia adalah sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh diguna pakai ternyata meleset. Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, mirage, impian yang tidak menjadi kenyataan.

Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita. Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional.

Dalam menghadapi masa depan persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat warga Malaysia, baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini ditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat.

Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usaha sama yang jitu akan membolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah.

Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak. Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela rakyat jelata. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan.

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru