|
Page 1 of 15 UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN BAJET 2009 OLEH DATUK SERI NAJIB RAZAK, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN
Tuan Yang Dipertua,
TERLEBIH dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2009, khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan saranan dan cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2009 dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu.
Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.
Keduanya, kerana tercetus ledakan krisis kewangan global selepas pembentangan Bajet 2009 di Amerika Syarikat dan Eropah yang bahangnya sedang dirasai oleh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, Tuan Yang Dipertua, saya tidak akan mengambil sikap untuk semata-mata menjawab semua teguran dan cadangan seperti amalan biasa waktu perbahasan penggulungan. Sebaliknya di samping melakukan perkara itu, saya bercadang untuk membentang langkah-langkah tambahan sebagai "policy response" terhadap krisis kewangan dunia agar ekonomi Malaysia terjamin pertumbuhan dan rakyat Malaysia tidak terlalu tertekan. Kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus membela rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.
Saya ingin memaklumkan bahawa saya berhasrat untuk memberi laluan penjelasan hanya selepas saya membentangkan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009. Pendahuluan
Semasa awal perbahasan Bajet 2009 ini, beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang telah menyarankan agar Bajet 2009 dikaji dikaji semula sepenuhnya dan dibentangkan semula kepada Parlimen, berikutan perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini.
Kerajaan tidak akan membentangkan semula Bbajet baru 2009. Desakan Cadangan untuk merubah keseluruhan dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan melengahkan usaha Kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai. Oleh yang demikian, Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha apa yang penting, iaitu mengurus hal ehwal negara dan memperbaiki kehidupan rakyat menjamin kebajikan rakyat agar ekonomi negara tidak akan melanda kemelesetan. Oleh yang demikian, yang penting adalah penting untuk meneruskan rancangan perbelanjaan Kerajaan bagi tahun 2009 demi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan untuk perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.
Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan sentiasa sedar dan memantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuan dan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasaran kewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawal selia serta langkah berhemah Kerajaan yang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekal kukuh.
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|