Wednesday 08 Feb 2012
Sejarah Pekan

 

Oleh sebab keistimewaan tersebut, Pekan telah menjadi pusat perdagangan terpenting di Pahang. Pekan menjadi pusat tumpuan di kuala, barang-barang dan hasil dari hulu dikumpulkan di sini, dijual  serta diperniagaankan, malah dieksport ke Singapura dan lain-lain negeri. Barang-barang import juga diimport juga ditempatkan di sini sebelum dibawa ke kawasan hulu.

Keluasan Daerah Pekan

Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00 hektar atau 3,805 kilometer persegi. Daerah Pekan  merangkumi 11 buah Mukim iaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, MukimPenyor dan Mukim Bebar.

Daerah Pekan juga merupakan daerah keempat terbesar yang terletak di bahagian Timur negeri Pahang.

Keluasan Kawasan Mengikut Mukim

 Taburan Penduduk

Bilangan penduduk daerah Pekan pada tahun 2005 adalah seramai 142,716 orang. Majoriti penduduk di kawasan kajian terdiri daripada kaum Melayu diikuti kaum masyarakat orang asli dan selebihnya ialah kaum cina dan india.

Taburan penduduk mengikut Mukim


Ekonomi Daerah Pekan

Daerah Pekan menjana ekonomi dari sektor pertanian, perindustri automobil dan pelancongan.

Sumber dari: Arkib Negara



 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru