| Terajui pemasangan kenderaan premium |
|
KUALA LUMPUR 30 Okt. - DRB-HICOM Bhd., salah satu pemain utama dalam industri automotif tempatan, menyasarkan untuk menjadi pemasang automotif mewah dalam pasaran tersendiri, sekali gus bakal meletakkannya pada kedudukan lebih baik berbanding para pesaing lain. Dengan kegiatan berpaksi di Kompleks Automatif DRB-HICOM di Peramu Jaya, Pekan, Pahang, Kumpulan itu dijangka memacu usaha berkenaan tahun depan selepas selesainya melaksanakan proses pelarasan semula (realignment) yang menyeluruh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HICOM Automotive Manufacturers (M) Sdn. Bhd. Abdul Rashid Musa, pihaknya kini mempunyai operasi pemasangan kereta mewah seperti Mercedes-Benz yang dilihat bakal meningkatkan lagi kegiatan sedia ada berbanding pemasangan sekitar 400 buah sebulan atau 4,800 setahun. ''Kami bukan mahu bersaing dengan pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan juga Perodua,'' katanya, sambil menambah DRB-HICOM kini mengeluarkan kereta berharga RM50,000 hingga RM1 juta sebuah. Beliau menjangkakan langkah sama bakal diambil oleh pengeluar kereta Audi yang kini dipasarkan oleh DRB-HICOM secara siap dipasang sepenuhnya (CBU), dengan Malaysia berpeluang menjadi pusat untuk perluasan kereta mewah itu di rantau ini. ''Benar kereta penumpang Suzuki Swift yang berkapasiti pengeluaran 1,000 sebulan bukanlah kereta premium tinggi seperti Mercedes-Benz tetapi ia juga disasarkan untuk mempunyai pasaran tersendiri sebagai model awal (entry model) untuk kami," kata beliau kepada Utusan Malaysia yang berada di Pekan bersama-sama wartawan lain dalam lawatan ke kompleks berkenaan, di sini semalam. Abdul Rashid berkata, kompleks berkenaan kini mempunyai empat buah kilang seluas 96 hektar melibatkan lebih 2,000 kakitangan. Katanya, salah sebuah kilang adalah ditempatkan di bawah pengurusan HICOM Automative manakala tiga lagi di bawah pengurusan Isuzu-HICOM Malaysia Sdn Bhd (Isuzu HICOM), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) dan DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS). DRB-HICOM terbabit dalam industri automatif, perkhidmatan, pertahanan, hartanah dan juga infrastruktur. Abdul Rashid menjelaskan sebelum proses pelarasan Kompleks, pemasangan kenderaan penumpang, kenderaan khas dan perdagangan dibuat secara tidak teratur dan bertindih. Sebagai contoh, kilang untuk pemasangan kenderaan perdagangan seperti lori dan bas digunakan untuk proses pemasangan kenderaan penumpang, kata beliau. Bagaimanapun, kata Abdul Rashid, pelarasan semula itu menyaksikan sebuah kilang memasang kenderaan penumpang termasuk model Suzuki Swift manakala sebuah kilang lain akan memasang kenderaan keluaran Mercedes Benz melibatkan model kelas C, E dan S. Pemasangan semua kenderaan komersial di letakkan di bawah kilang Isuzu-HICOM. Beliau berkata, pihaknya yang kini mempunyai pekerja generasi kedua di Kompleks berkenaan, juga mempunyai kilang mengecat kenderaan yang mencapai tahap kualiti kenderaan model Mercedes Benz. Abdul Rashid berkata, selepas 25 tahun, jumlah pengeluarannya akan mencapai 500,000 kenderaan pada tahun depan melalui kompleks berkenaan yang merupakan kilang pemasangan komponen terlerai atau CKD terbesar jenama Mercedes Benz. Katanya, kilang DEFTECH pula akan menumpukan kepada pemasangan kenderaan khas seperti kenderaan angkatan tentera dan kenderaan berat iaitu bas dan lori manakala DHAS pula akan menjurus kepada pemeriksaan sebelum penghantaran dan hal-hal berkaitan logistik. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DEFTECH, Abdul Harith Abdullah yang tidak dapat mengulas lanjut berkata, pihaknya kini dalam proses mengadakan kerjasama dengan pihak asing untuk memajukan produk tertentu melibatkan kenderaan tentera. Abdul Harith berkata, pihaknya bukan hanya sekadar bekerjasama dengan pengeluar peralatan asal (OEM) luar negara untuk pengeluaran produk untuk kegunaan tempatan tetapi juga mencari peluang terutamanya sejauh mana DEFTECH boleh bersama-sama menghasilkan produk untuk kegunaan mereka. Beliau yang baru dilantik sejak 20 Oktober lalu, berkata, pihaknya kini mempunyai kontrak komersial dan tentera dalam tangan berjumlah RM800 juta yang bakal dilaksanakan sehingga 2011. Menurut Abdul Harith, pihaknya akan mengemukakan pelan rancangan pembangunan DEFTECH bulan depan sambil menyifatkan syarikat berkenaan juga merupakan pengeluar bas bandar yang terkemuka. Katanya, pemasangan kenderaan komersial dan kenderaan keselamatan merupakan antara teras perniagaan syarikat yang dilaksanakan supaya tidak terlalu berharap kepada pengeluaran kenderaan ketenteraan yang tidak tetap permintaannya. Beliau menyifatkan DEFTECH telah melalui proses perkembangan yang menggalakkan sehingga mampu mengeluarkan produknya sendiri seperti trak tentera Hicom Handalan yang dieksport dan juga kereta perisai iaitu ACV300 Adnan dan Deftech AV4 untuk kegunaan tempatan. Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu HICOM Malaysia Sdn. Bhd., Norifumi Matsumoto percaya prestasi pengeluar kenderaan komersial berat dan ringan, akan bertambah baik pada tahun hadapan. Beliau berkata, Isuzu HICOM yang kini menguasai 30 peratus pasaran tempatan dan kedua terbesar selepas jenama Daihatsu, akan bekerjasama dengan syarikat Isuzu di Thailand untuk menyokong perkembangan pasaran di rantau ini. Matsumoto yang turut menyasarkan pelaksanaan penjimatan kos berkata, pihaknya akan memperkenalkan kenderaan komersial yang berkeupayaan sederhana terutamanya dengan jangkaan berlakunya pemulihan ekonomi yang kini sedikit sebanyak menjejaskan operasi Isuzu HICOM di negara ini. Di sebalik kegawatan yang berlaku, beliau berkata, tiada pekerja syarikat yang secara puratanya mempunyai pengalaman bekerja antara tujuh hingga lapan tahun, dihentikan bekerja berikutan pelaksanaan kegiatannya yang dibuat secara penyumberan luar. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu HICOM, Nik Mohd Zaidi Nik Mohd Zain, pihak syarikat bernasib baik kerana tidak terjejas teruk kerana operasinya hanya dalam negara dan menjangkakan permintaan terhadap produk syarikat itu akan meningkat terutamanya pikap. Nik Mohd Zaidi juga menjelaskan, pihaknya tidak terjejas dengan kemasukan kenderaan komersial buatan China dan juga trak yang dibina semula dalam kategori khas dari Jepun kerana syarikat itu menawarkan kos penggunaan dan penyenggaraan yang rendah. Sumber:www.utusan.com.my |
Karnival Yo! Pekan![]() PEKAN - Seramai 10,000 anak muda belia dari Parlimen Pekan telah berkumpul di hadapan Dataran Pekan bagi memeriahkan program Karnival Yo ! Pekan 2012 yang di anjurkan oleh Majlis Belia Da... Selanjutnya |
Pengusaha kecil terima bantuan mengembangkan perniagaan![]() PEKAN – Seramai 106 pengusaha kecil sekitar Parlimen Pekan gembira dengan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi membesarkan perniagaan yang di... Selanjutnya |
PAKP sasar jadi NGO contoh![]() BANDAR PEKAN – Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) berhasrat menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu memberi contoh baik kepada masyarakat dan NGO lain menerusi tanggungjawab sosial yang di... Selanjutnya |
KAT-G bantu pekebun kecil![]() PEKAN - Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G) dapat membantu setiap pekebun kecil getah mengekang kegiatan penjualan getah curi oleh pihak tidak be... Selanjutnya |
Majlis Pelancaran Vitamin 1Malaysia Dan Penyampaian Sumbangan Yayasan 1 MDB![]() Pekan - Majlis Pelancaran Vitamin 1 Malaysia yang berlangsung di hadapan dataran Pekan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1... Selanjutnya |
Peramu Jaya Kawasan Peramu Jaya mempunyai beberapa kawasan perkampungan antaranya Kampung Lamir, Serandu, Kampung Marhum, Kelat Rendang, Pahang Tua, Kampung Langgar, Pulau Jawa, Pasir Panjang [ ... ] |
Chini Chini terdiri daripada beberapa kawasan iaitu Salong, Mambang, Paloh Hinai, Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 2, Felda Chini Timur 3 & 4, Kg Dusun, Felda Chini 2, Felda Chini 1 & [ ... ] |
| PERKHIDMATAN ONLINE AGENSI-AGENSI DI PEKAN |
| Majlis Daerah Pekan | Pejabat Pelajaran Daerah | Pej. Daerah & Tanah |
|||
| Laman Web Rasmi | Laman Web Rasmi |
|
Laman Web Rasmi | ||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
| Pejabat Kesihatan Pekan | Jabatan Kerja Raya Pekan | Hospital Pekan | |||
| Pejabat Agama Islam Pekan | |||||
| e-Dermasiswa | |||||
|
|
|
|
Berita New Straits Times
Berita The Star
Undian |
Waktu Solat[ Tukar Kawasan ] |