| Pusat Internet Komuniti untuk masyarakat |
|
PUSAT Internet Komuniti P1 (PIK P1) di Chini Timur, Pahang baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Meh Datang. 'Meh' adalah bahasa tempatan di Pekan yang bermaksud 'Mari'. Karnival Meh Datang dianjurkan oleh PIK P1 dengan kerjasama Packet One Network Sdn. Bhd. (P1), MSC Malaysia, Felda and Gerakan Persatuan Wanita. Program tersebut menjemput komuniti Chini Timur untuk hadir menyertai karnival dan mendapatkan pengetahuan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh menggalak dan menyokong perusahaan dan keusahawanan. Program berkenaan merupakan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disokong oleh MSC Malaysia. Program khidmat bantuan (outreach program) ini mendidik para usahawan atau pengusaha Chini Timur dengan penggunaan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Menurut Pengurus PIK P1 di Chini Timur, Noor Azlina Mohd. Saod, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dibentuk dalam konteks tempatan tentang bagaimana ICT boleh mempertingkatkan produktiviti, pengedaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan lebih baik. Ia juga menggalakkan penciptaan kandungan web tempatan melalui penyertaan ahli-ahli komuniti. "Di Chini Timur, kami menggalakkan komuniti di sini bekerjasama untuk mengecapi manfaat daripada teknologi bagi memastikan mereka dapat mencari rezeki yang lebih murah pada masa hadapan dalam ekonomi yang berasaskan inovasi (innovation-based economy). "Karnival Meh Datang membolehkan program menjangkau ke seluruh pelosok komuniti dan mendidik mereka tentang bagaimana teknologi jalur lebar 4G WiMAX boleh merubah kehidupan harian mereka," katanya. Pelbagai bengkel telah diaturkan sepanjang dua hari tersebut, termasuk sesi pembelajaran mereka laman blog, penyaliran video, penggunaan Iandskap dalam penciptaan poster, juga permainan dan kuiz berunsurkan ICT. Memandangkan komuniti di Chini Timur berorientasikan kekeluargaan dan perhubungan masyarakat yang erat, karnival telah diserikan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua ahli keluarga. Acara tersebut termasuk seperti lumba lari dengan telur, pertandingan karaoke dan pertandingan boling kelapa. Aktiviti yang berunsur hiburan dan riadah ini direka bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam Karnival Meh Datang sambil menyertai dunia ICT yang penuh dengan pelbagai peluang. Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata, program tersebut sebahagian penting dalam usaha pihaknya untuk merealisasikan aspirasi membina 'komuniti yang berhubung' (connected communities). ''Aktiviti seperti Karnival Meh Datang ini, membuktikan bahawa usaha kami untuk memastikan penglibatan masyarakat setempat dalam memupuk pembangunan mampan dan penyediaan pendidikan di peringkat bawah berkesan,'' ujarnya. Bagi Noor Azlina, walaupun 4G WiMAX dapat mendorong penerimaan jalur lebar berkualiti dengan teknologi sambungan tanpa wayar yang fleksibel (wireless connectivity), kejayaan dan penerimaan meluas di Chini Timur akan hanya tercapai apabila ICT boleh membawa perubahan yang bermakna dalam kehidupan masyarakat di sini. PIK P1 di Chini Timur adalah satu peluang yang unik untuk mengkaji kesan penyambungan jalur lebar pada masyarakat luar bandar. Dibangunkan sebagai satu konsep tapak (proof-of-concept), PIK P1 membolehkan P1 untuk memahami intipati pembangunan pusat Internet (telecentre) berjaya yang boleh diwujudkan di komuniti-komuniti luar bandar lain. PIK P1 mengukur kesan jalur lebar kepada masyarakat dengan menggalakkan penyertaan pelbagai segmen komuniti masyarakat termasuk pejabat pentadbiran tempatan, kumpulan komuniti utama dan jaguh-jaguh tempatan (local champions). Kerjasama ini membolehkan P1 memahami dan menghargai pendapat dan budaya tempatan, sekali gus menerapkan penggunaan jalur lebar ke dalam setiap isi rumah dengan cepat dan kos efektif. Pengumpulan data setakat ini menunjukkan bahawa teknologi 4G WiMAX telah membolehkan penyambungan jalur lebar melampaui PIK terus ke tempat kediamanmasyarakat di sini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.desaku.com.my / chinitimur. Sumber : www.utusan.com.my |
Karnival Yo! Pekan![]() PEKAN - Seramai 10,000 anak muda belia dari Parlimen Pekan telah berkumpul di hadapan Dataran Pekan bagi memeriahkan program Karnival Yo ! Pekan 2012 yang di anjurkan oleh Majlis Belia Da... Selanjutnya |
Pengusaha kecil terima bantuan mengembangkan perniagaan![]() PEKAN – Seramai 106 pengusaha kecil sekitar Parlimen Pekan gembira dengan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi membesarkan perniagaan yang di... Selanjutnya |
PAKP sasar jadi NGO contoh![]() BANDAR PEKAN – Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) berhasrat menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu memberi contoh baik kepada masyarakat dan NGO lain menerusi tanggungjawab sosial yang di... Selanjutnya |
KAT-G bantu pekebun kecil![]() PEKAN - Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G) dapat membantu setiap pekebun kecil getah mengekang kegiatan penjualan getah curi oleh pihak tidak be... Selanjutnya |
Majlis Pelancaran Vitamin 1Malaysia Dan Penyampaian Sumbangan Yayasan 1 MDB![]() Pekan - Majlis Pelancaran Vitamin 1 Malaysia yang berlangsung di hadapan dataran Pekan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1... Selanjutnya |
Peramu Jaya Kawasan Peramu Jaya mempunyai beberapa kawasan perkampungan antaranya Kampung Lamir, Serandu, Kampung Marhum, Kelat Rendang, Pahang Tua, Kampung Langgar, Pulau Jawa, Pasir Panjang [ ... ] |
Chini Chini terdiri daripada beberapa kawasan iaitu Salong, Mambang, Paloh Hinai, Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 2, Felda Chini Timur 3 & 4, Kg Dusun, Felda Chini 2, Felda Chini 1 & [ ... ] |
| PERKHIDMATAN ONLINE AGENSI-AGENSI DI PEKAN |
| Majlis Daerah Pekan | Pejabat Pelajaran Daerah | Pej. Daerah & Tanah |
|||
| Laman Web Rasmi | Laman Web Rasmi |
|
Laman Web Rasmi | ||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
| Pejabat Kesihatan Pekan | Jabatan Kerja Raya Pekan | Hospital Pekan | |||
| Pejabat Agama Islam Pekan | |||||
| e-Dermasiswa | |||||
|
|
|
|
Berita New Straits Times
Berita The Star
Undian |
Waktu Solat[ Tukar Kawasan ] |