Wednesday 08 Feb 2012
Lawatan Guru Pengiring SMGM 2010

Jun 2010 - Seramai 69 orang guru pengiring Program Memperkasakan Generasi Muda 2010 dari 19 buah sekolah di Daerah Pekan dan Sembrong telah mengadakan lawatan ke sekitar Batu Pahat,Ayer Hitam dan Rengit.

Lawatan bermula pada jam 9 pagi menaiki sebuah bas.Antara aktiviti menarik ialah membeli belah di Ayer Hitam yang sememangnya terkenal dengan tembikar,pasu,barangan hiasan rumah,kerepek dan lain-lain. 

Guru-guru juga berpeluang menikmati hidangan beriani gam di Restoran BP Bariani Power yang terletak di Taman Soga,Batu Pahat.Selain itu,guru-guru tidak melepaskan peluang bergambar di Dataran batu Pahat di mana terdapat tugu kebanggaan penduduk Batu Pahat iaitu Batu dan Pahat.

Aktiviti seterusnya ialah lawatan ke kilang kerepek Azhar Food Supplier.Pengurus kilang tersebut telah memberi serba sedikit penerangan mengenai penubuhan kilang,pemprosesan serta penghasilan kerepek.

Lawatan berakhir pada pukul 6.30 petang.

LIHAT GALERI GAMBAR SMGM 2010 >>

 

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru