|
Bengkel ‘Easy Math’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan |
|

PEKAN 9 Feb - Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar, Pekan ,Pahang telah mengadakan bengkel matapelajaran Matematik dikendalikan oleh guru pelajaran matematik bersama ‘mentor’ iaitu pelajar yang mendapat cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM pada tahun lalu.

Bengkel ini bermula jam 8 pagi dan dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kira-kira 90 pelajar tingkatan 3 dan 80 pelajar tingkatan 5, yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 menghadiri bengkel ini.

Murid-murid menunjukkan minat yang yang mendalam sepanjang perjalanan bengkel ini. Menurut pihak sekolah, mereka akan terus mengadakan bengkel seperti ini pada masa akan datang untuk memastikan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik.
Majlis penutup dan penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Puan Daliaatonseha binti Mohammad Khalid,Pegawai Korikulum Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran daerah Pekan.
|