| Aktiviti "Totem Pole" SMGM 2010 Memupuk Semangat Berpasukan |
|
Parit Raja - 12 Jun : Program Seminar Memperkasa Generasi Muda 2010 (SMGM 2010) memasuki hari kedua dimana pelajar-pelajar yang terlibat telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk membina sahsiah diri yang terarah kepada jatidiri yang terbaik. Salah satu aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur semalam ialah aktiviti yang dinamakan "Totem Pole" dimana seramai lebih 1000 orang pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugas untuk membina arca bebentuk 1 Malaysia. Aktiviti ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan disamping dapat membina sifat kepimpinan diri seseorang pelajar itu.
Dalam aktiviti ini pelajar diberikan jangkamasa tertentu dan kumpulan yang berjaya menyiapkan arca tersebut akan dinilai dan dipamerkan kepada Dato' Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein akan akan datang melawat program SMGM 2010 ini pada esok hari. |