Wednesday 08 Feb 2012
Memperkasakan Generasi Muda

Pekan, 19 Oktober 2008 – Seramai lebih lima ratus (500) orang pelajar daripada lapan belas (18) buah sekolah di daerah Pekan telah mengambil bahagian dalam Seminar Memperkasakan Generasi Muda yang diadakan di Bangunan UMNO Pekan, Pahang Darul Makmur.

Penganjuran seminar yang julung-julung kali diadakan ini lahir daripada cetusan idea dan aspirasi YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan untuk melihat anak-anak Pekan berjaya, sebagai seorang pelajar dan warganegara yang mempunyai minda dan  jatidiri kelas pertama. Matlamat utama seminar ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan semangat para pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak turut hadir memeriahkan seminar ini dan meluangkan masa beramah mesra dan memberi kata-kata perangsang kepada para peserta.

Menerusi seminar sehari ini, para pelajar tersebut telah diberi suntikan semangat melalui ceramah motivasi selain turut didedahkan dengan kaedah dan tips sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Seminar yang dianjurkan bersama oleh HeiTech dan Yayasan Rahah ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Negeri dan Daerah, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pejabat Ahli Parlimen Pekan, Bahagian UMNO Pekan dan sekolah-sekolah yang terlibat.

sumber : Sinar Harian

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru