Wednesday 08 Feb 2012
Jamuan Kesyukuran Program Motivasi

Majlis Jamuan Kesyukuran Program Motivasi Permata Nilam Anjuran Biro Pendidikan UMNO  Pekan

PEKAN 17 Januari - Bertempat di Dewan makan Rumah Penyayang Tun Abdul Razak berlangsung Jamuan kesyukuran Program Permata Nilam. Majlis ini diadakan dihadiri oleh penghuni Rukah Penyayang Tun Razak, penceramah dan fasilitator yang menjayakan program yang bermula dari pagi.

 

Dalam ucapan penangguhanyan,Dato’Azmi menyampaikan nasihat kepada peserta supaya mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang kem. Beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar supaya berusaha lebih gigih dan memastikan ada peningkatan dalam markah dan kemajuan dalam pelajaran.

Sasaran Kem Motivasi Permata Nilam ini adalah 63 orang penghuni Rumah Penyayang yang terdiri dari lelaki dan perempuan dari umur 10 hingga 16 tahun.Ketua fasilitator adalah Cikgu Jaiuddin bin Kassim dari SM Peramu Jaya, Pekan. Dari pagi selepas solat Subuh, pesera di dedahkan kepada 3 modul utama iaitu Outreach, LDK dan ceramah agama.


 
Dalam majlis penangguhannyanya juga ,Dato Azmi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Hj Ismail bin Jusuh kerana berbesar hati membiayai jamuan makan serta menderma RM2,000.00 kepada Rumah Penyayang.

Biro pendidikan pula menyumbang ‘duit saku’ kepada pelajar sebanyak RM10 setiap orang. Seorang pelajar cemerlang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat keputusan 6A2B, Nurwahyu Hidayah bt Abu juga diraikan dengan mendapat sedikit ganjaran dari pihak Biro Pendidikan UMNO.

 

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru