|
Transformasi pendidikan capai negara maju |
|

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha menjadikan negara ini sebagai negara maju tidak akantercapai jika transformasi dalam pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan jumlah besar dalam pendidikan dan ia perlu didokong semua pihak termasuk rakyat bagi merealisasikan hasrat mencapai sebuah negara maju.
“Bidang pendidikan adalah bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan, perlu disuntik dari segi kewangan, prasarana serta sokongan moral semua pihak termasuk rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) Parlimen Pekan, di sini, semalam.
Najib berkata, 22 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun adalah diperuntukkan untuk bidang pendidikan, yang membuktikan kerajaan menekankan pencapaian cemerlang bidang pendidikan negara.
“Selain itu kita tambah lagi peruntukan menerusi badan-badan dan yayasan, seperti di Pahang, Yayasan Pahang untuk memajukan bidang pendidikan negara, kita juga cari dari sumber-sumber lain untuk bidang pendidikan, malah peruntukan untuk wakil rakyat juga banyak disalurkan untuk bidang pendidikan,” katanya.
Najib berkata, semua lapisan rakyat perlu mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan menekankan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam bidang pendidikan.
“Ini adalah pelaburan untuk kita mencapai sebuah negara maju dan ia tak mungkin tercapai tanpa memajukan bidang pendidikan.
sumber daripada sinar harian |
|
Jamuan Kesyukuran Program Motivasi |
|
Majlis Jamuan Kesyukuran Program Motivasi Permata Nilam Anjuran Biro Pendidikan UMNO Pekan

PEKAN 17 Januari - Bertempat di Dewan makan Rumah Penyayang Tun Abdul Razak berlangsung Jamuan kesyukuran Program Permata Nilam. Majlis ini diadakan dihadiri oleh penghuni Rukah Penyayang Tun Razak, penceramah dan fasilitator yang menjayakan program yang bermula dari pagi.
|
|
Read more...
|
|
Memperkasakan Generasi Muda |
|
Pekan, 19 Oktober 2008 – Seramai lebih lima ratus (500) orang pelajar daripada lapan belas (18) buah sekolah di daerah Pekan telah mengambil bahagian dalam Seminar Memperkasakan Generasi Muda yang diadakan di Bangunan UMNO Pekan, Pahang Darul Makmur. |
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
|
Page 1 of 4 |