Thursday 09 Sep 2010
Kursus menperkasakan Penggunaan Bahasa English Kepada Guru- Guru Dalam Daerah Pekan

PEKAN 9 Feb.- Berlangsung majlis ,Perasmian dan Penutupan Kursus Singkat kepada guru-guru dari 24 buah sekolah sekitar Daerah Pekan. Majlis ini disempurnakan oleh Dato’ Azmi bin Abu Talib, Ahli Jawatan kuasa (AJK)Pendidikan UMNO Bahagian Pekan di Samporna Resort, Jalan Pekan-Kuantan.

 

   

“Teacher Trainning –Quatum English Program” telah berlangsung selama 2 minggu berturut-turut bermula pada 29hb hingga 31hb Januari lalu dan dari 5hb hingga 7hb Fabuari ini.Program ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial syarikat koperat seperti Bintang Kencana Sdn Bhd, untuk melatih dan mendedahkan kanak-kanak kepada satu lagi kaedah pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah.

 

         

Menurut Sheikh Ali Sheikh Hussin, CEO Bintang Kencana Sdn Bhd,Modul “‘Quantum English’ membolehkan kanak-kanak mengusai 3,000 hingga 5,000 patah perkataan dalam masa 3 hingga 6 bulan”.Menurut beliau lagi, jika ‘pilot’ projek ini berjaya, mereka akan memperkenalkan dan mencadangkan kaedah ini diperkenalkan pada kelas prasekolah diseluruh Negara

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru