Thursday 09 Sep 2010
Program ESQ165 Di Pekan

 Image

Program Training ESQ165 telah bertandang ke Pekan baru-baru ini . Training modal insan ini dijalankan di Dewan Konvensyen Sultan Haji  Ahmad Shah, Pekan Pahang.

Program motivasi luar biasa ini melibatkan seramai 501 orang pelajar dan 30 guru pengiring dari 15 buah sekolah  di mana 13 buah sekolah dari Parlimen Pekan dan selebihnya dari Parlimen Kuantan.

Training ESQ165 yang berasal dari Indonesia ini dijalankan selama 3 hari di Pekan, Pahang. Program ini sebenarnya hanya untuk 2 hari tetapi inilah keistimewaan yang diberikan oleh ESQ165 untuk remaja di Pekan .

 Image

ESQ bermaksud Emotional,Spiritual dan Quation.Nombor yang tertera di belakang ESQ , 165 membawa maksud yang tersendiri iaitu Ehsan,Iman dan Islam. Ehsan untuk 1, 6 untuk iman dan 5 untuk Islam.Singkatan ESQ165 ini nampak seolah-olah begitu ringkas dan biasa tetapi hakikatnya kesan dan penghayatannya sungguh  luar biasa, sungguh di luar jangkaan bagi mereka yang pertama kali mengikuti program ini dan pasti akan mengikutinya lagi.

Training ESQ165 ini juga menyahut seruan Perdana Menteri , Dato’ Sri Najib dengan konsep 1Malaysia dan penggabungan 3 aspek menjadi satu iaitu EQ,SQ dan IQ. Selain itu, dendangan Lagu patriotik-Jalur Gemilang beserta kibaran jalur gemilang yang begitu bertenaga pasti membangkitkan semangat perpaduan, keharmonian tidak kira bangsa dan agama.

Antara kelebihan Training ESQ165 ini adalah tentang modul-modul yang dipersembahkan, penghayatan isi modul yang disampaikan, paparan skrin yang besar, sistem audio yang canggih, penyampaian ceramah secara tertutup, para Alumni Team Support (ATS) yang begitu bersemangat membantu dan tidak lupa juga penyampai ceramah yang begitu dedikasi, pandai berlawak dan berjaya memberikan penghayatan yang berkesan. Jadi, tidak hairanlah jika tiada peserta yang tertidur “dibuai mimpi “ sepanjang program ini.

Para peserta yang mengikuti kursus ini sememangnya beruntung kerana mereka boleh menyertai lagi program ini di tempat-tempat lain di seluruh Negara juga di peringkat antarabangsa (mengikut jadual kegiatan/ceramah Training ESQ165) tanpa perlu membayar apa-apa bayaran bahkan boleh menjadi salah seorang ahli ATS. Kesemua peserta telah diberikan satu kad ahli yang membolehkan mereka mengikuti program ini secara berterusan.

Upacara Penutupan Program ESQ165 ini disempurnakan oleh YB Ibrahim Awang Adun Peramu Jaya , beliau berharap program seperti ini dapat di teruskan lagi di masa akan datang , turut bersama dalam upacara penutupan program tersebut ialah Wakil Ahli Parlimen Pekan iaitu Dato’ Zainal Abidin Pa’Wan. 

 

 Pendapat dari para peserta program.

 Image

Mohd Fairus Bin Suhaimi dan Faiz Najmi Bin Zainuddin.(SMK Ahmad)

“Saya rasa program ini sangat bagus yang mana dapat mengukuhkan dan mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu ianya dapat memberi keinsafan atas kesilapan yang pernah dilakukan dan mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik…InsyaAllah…”

Apabila ditanya tentang slot atau modul yang paling menyentuh perasaan dan paling disukai, ini jawapannya:

“Slot yang paling menyentuh perasaan dan dapat memberi penghayatan ialah EQ(Emotional ) yang menyentuh tentang ketuhanan dan menyedarkan kita akan kealpaan, kelalaian dan kelekaan  kita di  dunia ini.”

 

 

 Image

Nurul Azian Hazira Binti Mohd Anuar, Ana Suhana Binti Mohd Yusof dan Umi Kelsom Binti Mat Kong

(SMK Pekan)

“Pada pendapat saya, program ini telah menyedarkan siapa diri saya yang sebenarnya,mengetahui kelemahan diri, serta berasa insaf akan kesilapan yang pernah dilakukan dan saya berazam untuk menyebarkan ilmu yang saya timba untuk semua”.

Mereka juga memberikan 6 bintang dari 5 bintang untuk program ini kerana bagi mereka ianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tentang program ini dan berharap program ini terus berjalan dan diteruskan sampai bila-bila.

 

 

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru