Wednesday 08 Feb 2012
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA & PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS BERUMUR 70 TAHUN KEATAS


PEKAN 3 Mac – Bertempat di ruang legar bangunan UMNO Bahagian Pekan, berlangsung satu majlis sambutan tahun baru cina dan pemberian sumbangan kepada warga emas.

 

   
Majlis dimulakan pada sebelah petang dengan acara mengedar kad jemputan kepada tetamu cina di sekitar Bandar Pekan oleh YB adun Peramu Jaya bersama presiden MCA Pekan. Majlis tersebut diadakan pada sebelah malam dan di mulakan dengan jamuan bersama  tetamu yang hadir.

 

         
Acara seterusnya ucapan aluan dari pada tetamu VIP dimulakan oleh presiden MCA dan kemudian YB Ibrahim adun Peramu Jaya, acara di meriahkan lagi dengan pemberian  sumbangan kepada 80 orang warga emas serta ampau kepada kanak- kanak. Majlis berakhir pada pukul 10 malam,turut serta memeriahkan lagi majlis wakil peribadi ahli parlimen Dato' Zainal Abidin Pa' Wan dan setiausaha kerja UMNO Bahagian Pekan En Yahaya Ahmad.

                 


 

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru