|
KEMERIAHAN LE TOUR DE LANGKAWI DI BANDAR PEKAN |
|

PEKAN 3 Mac – Pada pukul 8 pagi lagi orang ramai dan pelajar sekolah sudah mula berkumpul di hadapan Dataran Pekan dimana tapak pelepasan pelumba – pelumba Le Tour De Langkawi peringkat 3. Pelajar sekolah di sekitar bandar Pekan juga turut memeriahkan lagi acara tersebut.
Sebelum acara kemuncak iaitu perlepasan para pelumba peringkat ke 3 dari Bandar Pekan Ke Mersing sejauh 145.6 kilometer, acara dimulakan denganpertunjukan kebudayaan daripada kementerian kebudayaan negeri Pahang dan juga tarian kebudayaan orang asli oleh anak –anak orang asli Chini.

Pihak penganjur memperkenal Juara peringkat kedua yang memakai jersi Kuning iaitu Tobias Erler dari pasukan Tabriz Petrochemical Cycling bagi Juara keseluruhan, Manakala jersi Merah dipakai oleh Peter McDonald dari pasukan Drapac Porsche Cycling bagi Raja Bukit serta jersi Biru dan Hijau di pakai oleh pelumba kelahiran Terengganu Anuar Manan dari pasukan Geumsan ginseng Asia Cycling untuk Juara Asia Terbaik dan Raja Pecut kepada tertamu VIP.

Pada pukul 9.45 pagi siren telah berbunyi yang menandakan kesemua para pelumba perlu berkumpul di garisan perlepasan bagi memulakan perlumbaan peringkat ke 3, Tepat jam 10 pagi seramai 112 orang pelumba selamat oleh Pengarah Daerah Pekan Dato Basik serta YB Adun Peramu Jaya YB Ibrahim. Acara tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.
|