Saturday 19 May 2012
Pengusahaan Kuih Tradisional ( Sammez )
 
Jarum jam menunjukkan pukul 8.45 pagi dan penulis masih dalam perjalanan ke Lamir,Pekan.Dengar khabar,terdapat kilang membuat kuih kapit di kawasan Lamir ,Pekan.Berdebar-debar juga penulis kerana jarang sekali sampai di kawasan
Image

 

Image

Penulis meneruskan perjalanan perlahan-lahan,mujurlah jalan di kawasan Lamir tidak begitu rumit jadi penulis redah sahaja jalan tersebut ,dan tiba-tiba penulis terpandang pada sebuah sepanduk tertulis Bena Hijaz,menyediakan kuih tradisional,biskut kapit,baulu.Penulis meneruskan perjalanan sampai ke hujung kawasan Lamir tetapi masih tidak menjumpai kilang tersebut ,kemudian penulis berpatah balik dan berhenti di tiang yang digantung dengan sepanduk tadi.Mujurlah,ada seorang makcik berdiri berdekatan sepanduk tersebut dan tanpa membuang masa penulis pun bertanyakan di mana kilang membuat kuih kapit,rupa-rupanya tidak jauh benar dari sepanduk tersebut.Dari luar nampak seperti sebuah rumah biasa dan tidak seperti sebuah kilang .

Pemilik kilang atau perusahaan kuih tradisional ini dimiliki oleh En Jaafar Bin Ming,turut dibantu oleh isterinya Pn Zaleha Bin Ariffin ,4 dari 5 orang anak beliau dan seorang pekerja.Kehadiran penulis buat kali pertamanya di sini disambut baik oleh Encik Jaafar sekeluarga dan kesempatan ini penulis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Pada mulanya Encik Jaafar agak keberatan untuk ditemuramah tetapi setelah diterangkan satu persatu tujuan kehadiran penulis di sini,beliau bersetuju untuk berkongsi cerita tentang perniagaan kuih tradisional ini.

Encik Jaafar memulakan perniagaan kuih tradisional secara kecil-kecilan pada tahun 1994 ketika berumur 32 tahun.Perniagaannya waktu itu hanya dilakukan di rumah sahaja dan pada tahun 2004,perniagaan beliau dihentikan buat seketika sehingga 2007 kerana beberapa faktor serta atas kesulitan yang beliau hadapi.

Bermula tahun 2007,Encik Jaafar bergiat kembali dengan perniagaan ini.Mesin pertama yang di tempah dari Zul design ialah mesin membuat biskut kapit ataupun lebih dikenali dengan panggilan kuih rokok di Daerah Pekan .Mesin ini lebih efektif digunakan dan boleh menghasilkan kuantiti biskut kapit lebih banyak dalam sesuatu masa.Dengan bantuan KEMAS,beliau juga telah diberi sebuah oven satu tingkat dan sekarang beliau tidak lagi menggunakan oven satu tingkat tersebut sebaliknya menggunakan oven dua tingkat yang dipinjamkan oleh Jabatan pertanian kerana ianya dapat membakar kuantiti kuih yang lebih banyak dalam sesuatu masa.

Menurut Encik Jaafar,permintaan untuk kuih tradisional beliau semakin meningkat dan beliau sangat memerlukan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk usahawan sepertinya bagi menambah mesin-mesin atau peralatan tertentu di mana kosnya agak tinggi.Katanya lagi,dalam masa 3 tahun,beliau telah cuba mendapatkan bantuan dari jabatan tertentu tetapi tiada kesudahan sehingga sekarang.

Selain itu,beliau juga telah menyertai MIHAS(Malaysia International Halal Showcase) yang bertempat di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC),Kuala Lumpur pada 6 Mei 2009 sehingga 10 Mei 2009.Beliau sangat gembira menyertai program ini kerana beliau dapat melihat potensi kuih tradisional yang beliau hasilkan.Daripada MIHAS yang beliau sertai,beliau menyatakan bahawa ramai pelawat dari luar mahu mendapatkan produk SAMMEZ(nama produk kuih tradisional beliau).Antara Negara yang berminat mendapatkan SAMMEZ ialah Taiwan,Ireland,Kanada,Afrika Selatan,Autralia,United Kingdom dan Jepun.Beliau berkata lagi,buat masa ini,permintaan dari luar gegara tidak dapat direalisasikan.

Penulis tertanya-tanya kenapa permintaan dari luar negara ini tidak dapat dilakukan sedangkan ia sesuatu peluang yang berharga ,sangat bermanfaat untuk semua,masyarakat dan negara dan sepatutnya peluang keemasan ini direbut .Penulis ajukan kekeliruan ini kepada Encik Jaafar dan ini jawapannya, “Bukan kami tidak mahu mengeksport produk SAMMEZ ini ke luar negara tetapi atas sebab kilang atau tempat ini tidak bertarafGood Manufacturing Practice(GMP),itu yang menjadi masalah kami . Apabila disebut kilang bertaraf GMP,sudah pasti kos untuk manaik taraf ini memerlukan kos yang tinggi mungkin dari segi mesin,alatan dan sebagainya dan semestinya ia di luar kemampuan saya.

Setelah itu,barulah penulis faham akan permasalahan Encik Jaafar hadapi,dan tidak lama kemudian,isteri beliau Pn Zaleha Binti mendekati penulis ,dan beliau menambah, Kadang-kadang rasa putus asa juga untuk meneruskan perniagaan ini,yelah sudah 3 tahun cuba mendapatkan bantuan dari jabatan tertentu tapi masih belum berhasil sedangkan ada bantuan yang telah diperuntukkan kerajaan, tetapi bila difikirkan balik âalang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,itulah prinsip yang akak pegang sekarang.Begitulah kuatnya semangat dan ketabahan yang terpancar di wajah ibu kepada 5 orang anak ini.

Produk yang dihasilkan oleh Encik Jaafar dipanggil Produk SAMMEZ iaitu Biskut kapit,Biskut Bangkit dan Rempeyek.Ketiga-tiga jenis kuih tradisional mempunyai rasa yang tersendiri dan penulis sendiri pun telah mencubanya.Cukup kesemua ramuannya,rangup dan sememangkan sedap di makan,jadi tidak hairanlah produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan.Penulis yakin sesiapa yang mencuba biskut Sammez pasti menginginkannya lagi.Selain itu,bentuk pembungkusan produk SAMMEZ juga professional ,jika sekali pandang ,macam produk luar negara.

Selain di kilangnya di Lamir,Produk Sammez juga boleh didapati di Sembang-sembang , Gloria Jene dan Pasaraya Terus Maju.Dan Tidak lama lagi,produk ini akan dijual di 8 buah Tesco di seluruh negara dan menjelang Bulan Ramadhan,ia akan dipasarkan di kesemua Tesco di seluruh negara.Selain Tesco, Produk Sammez juga sedang berusaha untuk memasuki Pasaraya Carrefour di seluruh negara.

Sedang leka bercerita,mata penulis terpandang sebuah sepanduk RAKYAT DIDAHULUKAN ,PRESTASI DIUTAMAKAN,MENJADI KEBANGGAAN ANAK WATAN ,TAHNIAH DARI WARGA KG LAMIR.Rupa-rupanya sepanduk itu telah direka khas untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia ke-6,Dato Sri Najib pada 18 April 2009.Di kilang atau tempat membuat kuih tradisional inilah,sepanduk tersebut direka dan disiapkan bersama beberapa orang penduduk kampung yang lain.Bagi En Jaafar dan keluarga,inilah cara mereka mahu melahirkan rasa bangga seikhlasnya terhadap perlantikan Dato Sri sebagai Perdana Menteri dan menyifatkan ia sesuatu yang menggembirakan.

Di akhir temubual, beliau menyatakan harapan agar perniagaannya akan berjaya suatu hari kelak dan terus berkembang kerana bagi beliau rezeki yang diraih bukan sahaja untuk diri dan keluarga tetapi juga masyarakat, InsyaAllah.

Sedia Menerima Tempahan :-

Alamat :     BENA HIJAZ

P-76,JKampong Lamir,

26000 Pekan,

Pahang Darul Makmur.

No Tel : 019 - 9177947 No Fax : 09 - 426927

 

 
  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Karnival Yo! Pekan

News image

PEKAN - Seramai 10,000 anak muda belia dari Parlimen Pekan telah berkumpul di hadapan Dataran Pekan bagi memeriahkan program Karnival Yo ! Pekan 2012 yang di anjurkan oleh Majlis Belia Da...

Selanjutnya

Pengusaha kecil terima bantuan mengembangkan perniagaan

News image

PEKAN – Seramai 106 pengusaha kecil sekitar Parlimen Pekan gembira dengan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi membesarkan perniagaan yang di...

Selanjutnya

PAKP sasar jadi NGO contoh

News image

BANDAR PEKAN – Per­satuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) berhasrat menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu memberi contoh baik kepada masyarakat dan NGO lain menerusi tanggungjawab sosial yang di...

Selanjutnya

KAT-G bantu pekebun kecil

News image

PEKAN - Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G) dapat membantu setiap pekebun kecil getah mengekang kegiatan penjualan getah curi oleh pihak tidak be...

Selanjutnya

Majlis Pelancaran Vitamin 1Malaysia Dan Penyampaian Sumbangan Yayasan 1 MDB

News image

Pekan - Majlis Pelancaran Vitamin 1 Malaysia yang berlangsung di hadapan dataran Pekan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1...

Selanjutnya

Pengenalan


article thumbnail

Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Orang-orang Melayu [ ... ]



    Pulau Manis


    article thumbnail

    Pulau Manis Kawasan Pulau Manis merupakan kawasan yang terdiri daripada Seri Mahkota, Jaya Gading, Kampung Seri Damai, Gudang Rasau, Pulau Rusa, Ganchong, Pulau Manis, Lepar, Pelak, Seri Makmur  [ ... ]



      Peramu Jaya


      article thumbnail

      Peramu Jaya Kawasan Peramu Jaya mempunyai beberapa kawasan perkampungan antaranya Kampung Lamir, Serandu, Kampung Marhum, Kelat  Rendang, Pahang Tua, Kampung Langgar, Pulau Jawa, Pasir Panjang [ ... ]



        Bebar


        article thumbnail

        Bebar Bebar mempunyai beberapa kawasan antaranya Serambin, Padang Rumbia, Temai, Acheh, Tanjung Medang, Padang Polo, Tanjung Batu, Landai, Bandar Dua, Runchang, Simpai, Kota Perdana, Nenasi, Api Lar [ ... ]



          Chini


          article thumbnail

          Chini Chini terdiri daripada beberapa kawasan iaitu Salong, Mambang, Paloh Hinai, Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 2, Felda Chini Timur 3 & 4, Kg Dusun, Felda Chini 2, Felda Chini 1 &  [ ... ]



                 
               
                 
               
                 
               

            Gambar Terbaru

            Video Terbaru


            Undian

            Langkah mengelakkan kemalangan kenderaan awam
             

            Waktu Solat

            [ Tukar Kawasan ]
            Tutup

            Artikel Popular

            Fokus Lensa