Saturday 19 May 2012
Ahla Natrah Nasi Ayam
Image

Ahla Natrah ialah nama pilihan kedai nasi ayam kepunyaan Encik Mohd Nor Bin Hussin.Mula dibuka pada tahun 1980 yang ketika beliau berumur 33 tahun. Perniagaan nasi ayam ini adalah resepi turun-temurun yang diwarisi dari bapanya yang juga pengusaha kedai nasi ayam di Terengganu. Masakan bergoreng juga terdapat di sini seperti mee goreng,nasi goreng dan sebagainya tetapi menu utama Ahla Natrah yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Pekan ialah Nasi Ayam Ahla Natrah.

 

 

Image

Nama : Mohd Nor Bin Hussin

Umur :62 tahun

Tarikh Lahir : 18 November 1947

Asal : Terengganu

Adik-beradik : Anak ke-2 dari 8 beradik

Status : Berkahwin

Anak : 6 orang

Alamat Kedai Ahla Natrah

No.285 Ketapang Tengah,
26680 Pekan, Pahang Darul Makmur.

(Lot gerai makan berdekatan dengan Taman River Front Pekan)
Waktu Perniagaan       : Isnin – Ahad  (10.00 pagi hingga 6.30 ptg)

Bulan Ramadhan : Ditutup


Encik  Mohd Nor Bin Hussin ialah seorang yang peramah,mesra dan merendah diri.Penampilannya biasa saja.Sewaktu penulis dan rakan singgah di kedai ini untuk menemuramah beliau,beliau agak sibuk dan tidak duduk diam kerana pelanggan yang ramai.

Dalam kesibukkan beliau,beliau mencuri sedikit masa untuk melayan kami.Kami dilayan dengan penuh mesra dan tertib bahkan kami diberi nasi ayam percuma.Terima Kasih banyak-banyak.

Menurut Encik Mohd Nor,beliau suka berniaga dan melalui perniagaan inilah,pendapatan yang diperoleh agak lumayan.Sehari berniaga,untung kasar yang beliau boleh peroleh ialah RM2000.Dengan keadaan atau tempat yang agak strategik anta faktor yang menarik para pelanggan datang ke kedainya.

Menurut beliau lagi,beliau mahu mengubah keadaan kedai atau mahu membesarkannya lagi tetapi tidak kesampaian atas faktor tertentu.

Image

Empat daripada enam orang anak Encik Mohd Nor membantu menguruskan Ahla Natrah,memantapkan lagi perniagaan nasi ayam ini.Beliau juga memperkenalkan seorang demi seorang anaknya yang tak lekang dari senyuman.Manakala anaknya yang sulong sudah mempunyai perniagaan kedai makannya sendiri.

Harapan beliau juga sama seperti para peniaga yang lain,mahu terus maju jaya dalam perniagaan dan berharap lebih ramai pengunjung datang ke kedainya pada masa akan datang.

 

 
     
   
     
   
     
   

Gambar Terbaru